Test Kem 1

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah dari seluruh Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke bawah pada tahun 2021 SAHAJA (lahir tahun 2005 & ke atas).
  2. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui sekolah masing-masing.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Setiap peserta wajib mempunyai akaun Lichess sebelum mengisi borang pendaftaran. Untuk yang belum ada, sila daftar di sini. Langkah-langkah mendaftar akaun Lichess boleh dirujuk di sini.
  5. Sebarang pertukaran username akaun Lichess hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari kejohanan.
  6. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 22 Disember 2021 (Rabu) sebelum jam 11:00 malam. Peserta yang mendaftar selepas tarikh tutup akan dikenakan denda & yuran akan dinaikkan kepada RM 20 seorang.
  7. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.