Rules Finale - X Chess Academy

The Finale 2023
Online Chess Championship

Syarat-Syarat Kejohanan

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar dari seluruh Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah pada tahun 2023 SAHAJA (lahir tahun 2005 & ke atas). Umur adalah mengikut tahun kelahiran & bukan mengikut bulan kelahiran.
  2. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui sekolah masing-masing. Tiada had bilangan penyertaan bagi setiap sekolah.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Setiap peserta wajib mempunyai akaun Lichess sebelum mengisi borang pendaftaran. Untuk yang belum ada, sila daftar di sini. Langkah-langkah mendaftar akaun Lichess boleh dirujuk di sini.
  5. Sebarang pertukaran username akaun Lichess hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari kejohanan.
  6. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Disember 2023 (Rabu) sebelum jam 10:00 malam. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup ini tidak akan diterima.
  7. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. PENYERTAAN KE PLATFORM KEJOHANAN

  1. Link kejohanan di Lichess & link Telegram Kejohanan akan dihantar melalui email selepas pendaftaran peserta diterima & disahkan. Sila peka untuk menyemak email anda.
  2. Setiap peserta WAJIB menyertai channel Telegram Kejohanan.
  3. Untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya kejohanan berjalan lancar, adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk segera melakukan 'Langkah-Langkah Menyertai Kejohanan' yang diberi dengan betul selewat-lewatnya 1 hari sebelum kejohanan bermula.
  4. Mana-mana peserta yang melakukan langkah-langkah menyertai kejohanan tersebut pada hari kejohanan akan ditolak penyertaannya.
  5. Username akaun Lichess yang tidak didaftarkan tidak akan diterima masuk ke gelanggang kejohanan.
  6. Para peserta bertanggungjawab untuk menyertai gelanggang dengan kategori jantina & umur yang betul. Sebarang kesilapan mahupun sengaja atau tidak akan membuatkan penyertaan dibatalkan.
  7. Peserta yang lewat dan terlepas pusingan perlawanan masih lagi boleh mengikuti kejohanan, namun bilangan mata yang diperoleh akan terjejas.
  8. Sebarang kelewatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.

 

C. FORMAT PERTANDINGAN

  1. Jadual pairing akan ditentukan oleh Lichess menggunakan format Arena.
  2. Tiada Berserk & tiada Streak bagi kejohanan ini.
  3. Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 10 minit seorang (Rapid) bagi setiap perlawanan.
  4. Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 2 mata, Seri = 1 mata, Kalah = 0 mata.
  5. Kutipan mata tidak akan dikira oleh sistem Lichess sekiranya pemain mendapat seri hasil daripada persetujuan bersama (draw by mutual agreement) sebelum gerakan ke-10.
  6. Kejohanan ini juga mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kejohanan Arena yang ditetapkan oleh Lichess. Para peserta dikehendaki membaca, memahami & mematuhi semua garis panduan yang tertera di sini.

 

D. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN

  1. Sebarang masalah berkaitan sambungan internet, bekalan elektrik terputus, kegagalan gajet untuk berfungsi dan sebarang kecuaian peserta adalah tanggungjawab peserta.
  2. Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
  3. Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
  4. Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan, termasuklah Terms Of Service dan sistem anti-penipuan yang ditetapkan oleh Lichess. Para peserta dikehendaki membaca, memahami & mematuhi semua syarat yang tertera di sini. Mana-mana peserta yang tidak mematuhi syarat-syarat tersebut akan disenaraihitam dan dikeluarkan dari senarai pemenang oleh pihak Lichess.

 

E. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti format kejohanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
  2. Pertambahan markah akan diberikan oleh pihak Lichess atau pihak Arbiter jika peserta kalah kepada pemain yang disenarai hitamkan oleh pihak Lichess.
  3. Peserta tidak dibenarkan untuk memadam (delete) akaun Lichess sebelum keputusan rasmi kejohanan diumumkan.
  4. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
  5. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

F. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Setiap peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan. Link untuk memuat turun (download) e-Sijil Penyertaan akan diberikan di Telegram Kejohanan selepas tamat kejohanan.
  2. Senarai nama pemenang yang rasmi akan diumumkan di Facebook dan Instagram X Chess Academy pada 31 Disember 2023.
  3. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  4. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.
  5. Trofi pemenang akan dipos ke alamat masing-masing selewat-lewatnya pada 3 Januari 2024.

 

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)