Kuiz Genius Catur 2023

Syarat-Syarat Kejohanan

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kuiz ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Pendaftaran kuiz boleh dilakukan secara individu atau melalui guru catur sekolah masing-masing.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 24 Mei 2023 (Rabu) sebelum jam 10:00 malam, atau sehingga penyertaan penuh.
  5. Mana-mana peserta yang ingin mendaftar pada hari berlangsungnya kuiz tidak akan dilayan sama sekali.
  6. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. FORMAT KUIZ

  1. Program ini dijangka bermula pada 8:00 pagi dan tamat pada 12:30 tengahari.
  2. Kuiz ini merangkumi 4 peringkat Kalah Mati iaitu Peringkat Saringan, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Peringkat Akhir.
  3. Setiap peringkat akan mengambil masa selama 30 hingga 60 minit.
  4. Sekumpulan peserta yang mendapat markah tertinggi akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
  5. Sekiranya terdapat persamaan markah, Sistem Pemecah-Seri (Tie-Break) akan digunakan untuk menentukan kedudukan peserta.

 

C. PERATURAN SEMASA KUIZ

  1. Kuiz ini mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kuiz yang akan diterangkan oleh Ketua Pengadil sebelum Peringkat Saringan bermula. Para peserta dikehendaki peka, memahami & mematuhi semua garis panduan yang akan diterangkan nanti.
  2. Peserta hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata.
  3. Peserta perlu tahu membaca & menulis notasi pergerakan catur dengan fasih.
  4. Setiap peserta diwajibkan membawa gajet seperti telefon pintar (smartphone) atau komputer riba (laptop) yang mempunyai bateri penuh dan sambungan internet sendiri yang bagus. Sambungan internet tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.
  5. Sebarang masalah berkaitan sambungan internet, kegagalan gajet untuk berfungsi dan sebarang kecuaian peserta adalah tanggungjawab peserta.
  6. Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
  7. Mana-mana peserta yang disahkan melakukan penipuan akan disingkirkan serta-merta dan akan disenarai hitam seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh X Chess Academy. Peserta tersebut juga tidak akan menerima Sijil Penyertaan.
  8. Pengadil berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
  9. Dengan menyertai kuiz ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan pengadil kuiz.

 

D. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti format kuiz, tempoh masa kuiz atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
  2. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kuiz ini.
  3. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

E. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan.
  2. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  3. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kuiz.

 

Servis

Akademi

Pautan

Xchess TV
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)