Rules Proton Kota Bharu - X Chess Academy

KEJOHANAN CATUR
PROTON EON KOTA BHARU 2024

Syarat-Syarat Kejohanan

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun & ke bawah
  2. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui guru catur sekolah masing-masing.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Penyertaan adalah PERCUMA. Namun, para peserta dikehendaki untuk memaklumkan kepada pihak penganjur jika tidak dapat menyertai kejohanan selepas pendaftaran dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari kejohanan.
  5. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 29 November 2024 (Jumaat) sebelum jam 5:00 petang, atau sehingga penyertaan penuh.
  6. Mana-mana pemain yang ingin mendaftar pada hari berlangsungnya kejohanan tidak akan dilayan sama sekali.
  7. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. FORMAT PERTANDINGAN

  1. Program ini dijangka bermula pada 9.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang.
  2. Kejohanan ini akan menggunakan sistem Swiss sebanyak 6 pusingan.
  3. Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 10 minit seorang bagi setiap pusingan.
  4. Semua pemain akan bermain dalam satu pairing atau kategori yang sama namun hadiah akan dibahagikan mengikut jantina & umur peserta.
  5. Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 1 mata, Seri = 0.5 mata, Kalah = 0 mata. Pemain yang mendapat bye akan diberikan 1 mata.
  6. Sekiranya terdapat persamaan mata, Sistem Pemecah-Seri (Tie-Break) akan digunakan untuk menentukan kedudukan peserta.

 

C. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN

  1. Kejohanan ini mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kejohanan yang akan diterangkan oleh Ketua Arbiter sebelum Pusingan 1 bermula. Para peserta dikehendaki peka, memahami & mematuhi semua garis panduan yang akan diterangkan nanti.
  2. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  3. Pemain dilarang membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengganggu permainan ke dalam dewan kejohanan seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.
  4. Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
  5. Mana-mana peserta yang disahkan melakukan penipuan tidak akan tersenarai sebagai pemenang dan akan disenarai hitam seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh X Chess Academy. Peserta tersebut juga tidak akan menerima Sijil Penyertaan.
  6. Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
  7. Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan.

 

D. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti format kejohanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
  2. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
  3. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

E. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan dan tambahan sijil pemenang untuk pemenang.
  2. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  3. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.

 

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)