Info - X Chess Academy - X Chess Academy
Terma & Syarat

A. Syarat-syarat

  • Umum
  1. Setiap minggu kelas berjalan pada hari, waktu & kelas yang sama. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan pelajar untuk cakna mengenai maklumat ini.
  2. Kelas ganti hanya dibenarkan jika terdapat hal-hal kecemasan sahaja seperti kematian, kemalangan dan lain-lain.
  3. Jika jurulatih mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan, notis pembatalan atau penggantian kelas akan dimaklumkan secara terus kepada ibu bapa melalui WhatsApp peribadi (bagi kelas peribadi) atau group WhatsApp (bagi kelas berkumpulan).
  4. Pelajar diwajibkan untuk mempamerkan tingkah laku yang sopan terhadap jurulatih dan pelajar-pelajar lain. Sebarang tingkah laku yang dianggap tidak sesuai semasa kelas sedang berlangsung akan menyebabkan tindakan susulan diambil dan ibu bapa diminta untuk akur dengan keputusan tersebut.
  5. Ibu bapa juga diharapkan untuk memberi sokongan penuh terhadap penyertaan dan kemajuan pelajar.
  6. Pelajar dan ibu bapa perlu memastikan semua bahan pembelajaran seperti nota silibus, link kelas dan lain-lain tidak dikongsikan kepada individu luar yang tidak berdaftar sebagai pelajar X Chess Academy.
  7. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memaklumkan kepada Admin Aliq (011-13306523) dan bukannya kepada jurulatih jika anak jagaan tuan/puan memilih untuk berhenti daripada menyertai kelas.
  8. Gambar dan video semasa kelas sedang berlangsung termasuklah yang dikongsikan kepada pihak kami akan disimpan untuk tujuan pendokumentasian. Media tersebut juga akan digunakan untuk tujuan promosi/pemasaran di media sosial dan laman web X Chess Academy. Ibu bapa yang tidak bersetuju akan penggunaan ini boleh berhubung dengan Admin Aliq (011-13306523).

  • Kelas Peribadi Online
  1. Maklumat mengenai kelas boleh didapati di dashboard pelajar dan juga melalui jurulatih yang mengajar.
  2. Jika pelajar masih tidak memasuki kelas selepas 15 minit kelas bermula dan tiada sebarang pemberitahuan dibuat, kelas tersebut dikira batal & yuran tidak akan dikembalikan.
  3. Sebarang notis kecemasan hendaklah dimaklumkan kepada jurulatih yang mengajar paling lewat sehari sebelum kelas bermula untuk memudahkan urusan kelas ganti dijadualkan.

  • Kelas Berkumpulan Online
  1. Ibu bapa dan pelajar diwajibkan menyertai group WhatsApp kelas. Segala maklumat mengenai kelas boleh didapati di group Whatsapp ini.
  2. Link untuk menyertai kelas akan diberikan di group WhatsApp kelas pada setiap awal bulan.
  3. Pastikan sambungan internet berada dalam keadaan stabil supaya proses pembelajaran berjalan lancar.
  4. Tidak dibenarkan untuk merekod atau menangkap layar kelas yang sedang berlangsung tanpa kebenaran.

  • Kelas Bersemuka di Akademi
  1. Ibu bapa dan pelajar diwajibkan menyertai group WhatsApp kelas. Segala maklumat mengenai kelas boleh didapati di group Whatsapp ini.
  2. Pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian yang sesuai ke akademi.
  3. Untuk menjaga kebersihan di akademi, para pelajar tidak dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman ke kelas, kecuali air mineral/air kosong adalah dibenarkan.
  4. Pelajar disarankan untuk tidak hadir ke kelas jika mengalami gejala seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain simptom yang berjangkit.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar dan mengambil pelajar tepat pada waktu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

B. Yuran

  1. Untuk memudahkan pembayaran yuran, pihak kami menggunakan perkhidmatan yuran.my untuk proses pembayaran.
  2. Pembayaran yuran untuk bulan tertentu hendaklah dilakukan setiap awal bulan sebelum 3 haribulan. Contoh; yuran bulan Februari hendaklah dijelaskan sebelum 3 Februari.
  3. Bayaran yuran boleh dibuat menggunakan link invois yang dihantar melalui Whatsapp, email, aplikasi yuran.my atau di lawan web https://xchess.yuran.vip
  4. Yuran untuk bulan pertama penyertaan akan dikira berdasarkan jumlah sesi kelas (prorate). Manakala, yuran bagi setiap bulan seterusnya adalah tetap (4 kali kelas sebulan).
  5. Nombor WhatsApp (016-6999134) adalah nombor operator WhatApp kami yang rasmi untuk tujuan penghantaran invois sahaja, pertanyaan mengenai yuran hanya boleh dilakukan kepada Admin Siti (011-57567987).
  6. Invois dan resit bayaran boleh disemak di aplikasi mudah alih yuran.my. Mudah sahaja, ikuti 5 langkah tutorial menggunakannya di sini.

 

C. Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga (Kelas Bersemuka di Akademi)

Sekiranya berlaku apa-apa insiden kecemasan:

  1. Saya memberi kuasa penuh untuk semua prosedur perubatan dan pembedahan, x-ray, ujian makmal, anestesia, serta prosedur hospital lain yang boleh dilakukan atau disyorkan oleh doktor yang merawat dan/atau paramedik untuk anak saya. Saya juga melepaskan hak saya untuk dimaklumkan mengenai rawatan (pelepasan ini HANYA terpakai sekiranya tiada ibu bapa/penjaga/individu kecemasan yang dapat dihubungi dalam keadaan darurat).
  2. Saya dengan ini memberi kebenaran untuk anak saya diberikan rawatan perubatan atau emosi sekiranya mengalami kecederaan, atau dibawa ke pusat perubatan terdekat oleh kakitangan X Chess Academy apabila saya atau individu kecemasan tidak dapat dihubungi. Saya juga bersetuju bahawa saya bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang terlibat.
  3. Saya bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan atau tindakan mahkamah terhadap kakitangan X Chess Academy sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak disengajakan kepada anak saya semasa menyertai kelas.

 

PERAKUAN: Dengan menyertai kelas di X Chess Academy, saya dengan ini bersetuju terhadap semua syarat di atas.

 

Borang
  1. Borang Tinjauan Perkhidmatan - Klik di sini
  2. Borang Berhenti Kelas - Klik di sini
WhatsApp
© 2025 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)