Coach Yusri merupakan seorang FIDE Instructor (Jurulatih Antarabangsa) yang diiktiraf oleh FIDE (Persekutuan Catur Dunia), National Arbiter (Pengadil Catur Kebangsaan) & pengasas bersama X Chess Academy.
Bekas pelajar MRSM Langkawi & graduan Perniagaan Antarabangsa dari Ohio State University, Amerika Syarikat ini pernah menyandang pingat Emas Kejohanan MSS Kelantan & Kedah, juga pernah memenangi pingat Gangsa di Kejohanan Catur ANSARA Kebangsaan dan Midwest Games International 2011, Amerika Syarikat.
Coach Dr. Zulhilmi merupakan seorang FIDE Instructor(Jurulatih Antarabangsa) yang diiktiraf oleh FIDE (Persekutuan Catur Dunia), National Arbiter (Pengadil Catur Kebangsaan) & pengasas bersama X Chess Academy.
Bekas pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra & graduan bidang Perubatan dari RCSI, Ireland ini pernah menjuarai MSS Kelantan sebanyak 4 kali, dinobatkan dalam kelompok 10 remaja terbaik di MSSM Kebangsaan serta memperoleh Gangsa di Dublin Chess Championship.
Coach Laila pernah menjuarai MSS Kelantan dan MSS Johor sebanyak 5 kali & Emas di MSSM Kebangsaan sebanyak 4 kali. Bekas pelajar SM Sains Muar dan graduan Master of Business Administration (MBA) dari UMK ini juga pernah menyandang pingat Emas di Kejohanan Remaja ASEAN pada tahun 2008.
Coach Ali merupakan mahasiswa UMK dalam bidang Operasi Perniagaan. Beliau pernah dinobatkan 2 kali sebagai Johan di Kejohanan MSS Kelantan dan turut berjaya membantu Kelantan mendapat pingat Gangsa di MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali.
Coach Zurayus merupakan bekas pelajar SM Sains Machang & graduan 2 Master dalam bidang Perniagaan dari HFT Stuttgart, Jerman. Beliau juga merupakan Juara MSS Kelantan 2010 & pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.
Coach Nafis merupakan mahasiswa Master dalam bidang Kejuruteraan Komputer & Elektronik di UTeM. Beliau telah merangkul Emas (Berkumpulan) dalam Kejohanan SAF 2016-2017 di peringkat universiti & pernah mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2018. Beliau juga merupakan Top 10 MSS Perlis & pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan 2012.
Coach Azli merupakan graduan Kimia Gunaan dari UiTM Perlis. Beliau pernah meraih Emas di MSS Perlis & Top 10 di MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan KARISMA dan Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan GACC mewakili UiTM se-Malaysia.
Coach Alif merupakan graduan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Beliau telah merangkul Emas di MSS Kelantan sebanyak 2 kali, Gangsa di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali & Gangsa di Kejohanan Remaja ASEAN 2008. Beliau telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 8 kali.
Coach Sharina merupakan National Arbiter (Pengadil Catur Kebangsaan). Graduan Psikologi Pendidikan dari UKM ini pernah membawa pasukan catur Paralimpik Johor menjadi Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Catur Para SUKMA 2018 dengan kejayaan 8 Emas, 6 Perak & 4 Gangsa. Beliau juga turut memperoleh pingat Perak & Gangsa dalam beberapa kejohanan berpasukan kebangsaan.
Coach Wan pernah menyandang pingat Emas bagi Kejohanan PSKPP Sandakan & Johan Berpasukan PSKPP Sabah 2019. Bekas pelajar MRSM Kuala Krai & bekas Juara MSS Kelantan 2004 ini turut dilantik sebagai jurulatih MSSD Tongod Telupid & pernah menerima anugerah Jurulatih Cemerlang PPD Tongod Telupid 2019.
Coach Adam merupakan graduan Kejuruteraan Elektrik dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Bekas pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra ini pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan dan memperoleh Gangsa. Beliau juga pernah membantu INTEC memperoleh Emas dalam Kejohanan MASISWA 2015.
Coach Ain Sabrina merupakan graduan Pendidikan Bahasa Inggeris dari UNISEL. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan serta pernah dinobatkan sebagai Pemain IPT Terbaik Perempuan di Kejuaraan Terbuka Selangor 2018.
Coach Ikmal adalah mahasiswa UMK dalam bidang Perbankan & Kewangan Islam. Beliau pernah menyandang pingat Perak & kemudiannya Emas dalam kejohanan MSS Kelantan 2013 & 2015. Beliau juga merupakan wakil UMK ke kejohanan MASUM 2019.
Coach Aiman merupakan mahasiswa UiTM dalam bidang Perundangan & merupakan seorang pencatur yang telah bermain sejak dari kecil dan masih aktif sehingga ke hari ini. Beliau juga pernah menggondol pingat Emas di Kejohanan MSS Kelantan.
Coach Syahirah merupakan graduan Pemasaran Perniagaan dari UniKL. Beliau telah merangkul Emas di MSSD sebanyak 2 kali & Perak (Berkumpulan) di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali. Beliau juga telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 5 tahun berturut-turut.
Coach Vasugi adalah mahasiswi UTM dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris. Penerima anugerah Pencatur Terbaik Wanita dalam Kejohanan Tertutup UPSI ini juga turut terpilih mewakili universiti ke Kejohanan Catur SUKIPT 2017-2018 dan Kejohanan MASUM 2021-2022.
Coach Faiz merupakan mahasiswa Master dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UTM. Beliau pernah mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2015-2016 serta SUKIPT 2018. Beliau juga merupakan Pengurus Pasukan Catur UTM bagi tahun 2015-2016 & turut giat membantu persediaan kontinjen MSS Tangkak ke peringkat negeri bagi tahun 2016-2020.
Coach Affendi merupakan graduan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau telah merangkul Emas & Perak (Berkumpulan) dalam Kejohanan SAF 2016-2018 dan Gangsa (Berkumpulan) dalam Kejohanan MASUM. Beliau juga pernah dinobatkan Pencatur Terbaik Sabah dalam Kejohanan Jelajah Catur Antara Negeri.
Coach Farhan merupakan bekas pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra & pernah mewakili ke peringkat negeri Kelantan dari 2015-2017. Graduan Komunikasi English ini juga pernah merangkul Emas di Kejohanan Terbuka SESTER Kebangsaan 2015.
Coach Firldaus pernah merangkul Gangsa sebanyak 2 kali di MSS Johor 2011 & 2013 dan pernah menyertai MSSM Kebangsaan sebanyak 3 kali. Graduan Kejuruteraan dari UMP ini pernah dinobatkan sebagai Pemain IPT Terbaik di Kejohanan Catur Antarabangsa UNIKL 2018. Beliau turut terpilih mewakili universiti ke Kejohanan Catur GACC, MASUM 2017-2020 & SUKIPT 2016.
Coach Amira merupakan bekas pelajar SM Sains Hulu Terengganu & graduan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan serta merangkul Emas & Gangsa dalam Kejohanan SAF 2017-2018.
Coach Fatini merupakan graduan USIM dalam bidang Kimia Industri dan pernah meraih Emas dalam Kejohanan MSSD dan MSS Kelantan, serta mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Perak (Berkumpulan) di Kejohanan Sukan ASASI 2018 & mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2020-2021.
Coach Nisa merupakan mahasiswi UiTM dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Beliau merupakan Johan daerah & pernah mendapat Gangsa dalam Kejohanan MSS Kelantan 2017 & 2018. Beliau juga terpilih mewakili skuad negeri ke MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali.
Coach Firdaus merupakan mahasiswa UTHM dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan 2018 & pernah merangkul Emas di Kejohanan Terbuka SESTER Kebangsaan 2015.
Coach Lukman merupakan mahasiswa Master dalam bidang Usul Feqh & Fatwa di Universiti Al-Azhar, Egypt. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun, pernah mendapat Anugerah Pemain Terbaik MSSM 2008, Gangsa di MSSM 2014 & Terbaik Negeri di Kejohanan KPP, Egypt.
Coach Clarissa merupakan mahasiswi UiTM Dengkil dalam bidang Asasi Undang-undang. Beliau pernah mengikuti Kejohanan MSS Sabah pada tahun 2015 hingga 2021 & mewakili negeri ke Kejohanan Catur MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah memenangi Gangsa (Berkumpulan) dalam kejohanan KARISMA 2022.
Coach Akmal merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah meraih Gangsa (Berpasukan) dalam Kejohanan Sukan Fakulti 2015 & 2016. Selain itu, beliau turut mewakili UTeM ke Kejohanan MASUM Peringkat Kebangsaan pada 2018.
Coach Rifqi merupakan graduan KUIS dalam bidang Syariah Islamiyyah. Beliau pernah merangkul Johan bagi Terengganu Junior Chess Championship 2016 & Johan bagi Pahang International Challenger 2021. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.
Coach Yuggen merupakan mahasiswa UKM dalam bidang Kejuruteraan Perisian Sistem Maklumat. Beliau pernah merangkul Pingat Emas dalam Piala Dekan Fakulti, Sukan Antara Fakulti dan SUKEM (Individu & Berpasukan) di universiti. Beliau juga pernah mewakili UKM ke Kejohananan MASUM 2021 & memenangi Gangsa (Berpasukan).
Coach Khair merupakan mahasiswa Master dalam bidang Perakaunan di UiTM Arau. Bekas pelajar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin ini pernah merangkul Gangsa di Kejohanan Remaja ASEAN Masterskill 2007. Beliau pernah menjuarai MSS Perlis sebanyak 4 kali dan mewakili Perlis & Pulau Pinang ke MSSM Kebangsaan selama 6 tahun berturut-turut.
Coach Khalilah merupakan graduan dalam bidang Pendidikan. Beliau pernah memenangi kejohanan MSSD, mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan dan pernah mewakili universiti ke Kejohanan SUKIPT 2018.
Coach Eilham merupakan pensyarah Fizik di Methodist College. Beliau pernah meraih Gangsa dalam MSSD 2011 & Gangsa (Berkumpulan) sewaktu mewakili UiTM Perlis di Kejohanan KARISMA 2016.
Coach Zulkarnain merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Perikanan. Beliau pernah mewakili MSSD untuk beberapa tahun & menang di beberapa kejohanan terbuka.
Coach Syazrin merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Beliau pernah meraih Gangsa dalam Pahang Age Group 2023 U20(L) dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik IPT dalam kejohanan PMOCT 2022 dan RD Chess Championship 2023. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.
Coach Aina merupakan mahasiswi Master dalam bidang Kejuruteraan Awam di UiTM Shah Alam. Pernah merangkul Emas MSS Pahang sebanyak 4 kali, juga dinobatkan sebagai 10 Pemain Terbaik di MSSM Kebangsaan 2013. Di peringkat universiti, beliau berjaya membantu pasukan UiTM mendapat Emas di Kejohanan MASUM 2016.