Kenali Jurulatih - Page 3 - X Chess Academy

Kenali Jurulatih

A. Yusri

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), CEO
Lebih lanjut

Dr. Zulhilmi

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), COO
Lebih lanjut

Laila Husna

Ketua Pembangunan Bakat Wanita, CFO
Lebih lanjut

Hasan

General Manager
Lebih lanjut

Ali Asghar

Ketua Pembangunan Kompetensi
Lebih lanjut

Syahirah

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kota Bharu, Kelantan

Coach Syahirah merupakan graduan Pemasaran Perniagaan dari UniKL. Beliau telah merangkul Emas di MSSD sebanyak 2 kali & Perak (Berkumpulan) di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali. Beliau juga telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 5 tahun berturut-turut.

Mu'iz

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kulim, Kedah

Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.

Akmal

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Melaka Tengah

Coach Akmal merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah meraih Gangsa (Berpasukan) dalam Kejohanan Sukan Fakulti 2015 & 2016. Selain itu, beliau turut mewakili UTeM ke Kejohanan MASUM Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Azli

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kangar, Perlis

Coach Azli merupakan graduan Kimia Gunaan dari UiTM Perlis. Beliau pernah meraih Emas di MSS Perlis & Top 10 di MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan KARISMA dan Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan GACC mewakili UiTM se-Malaysia.

Syazrin

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kuala Terengganu

Coach Syazrin merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Beliau pernah meraih Gangsa dalam Pahang Age Group 2023 U20(L) dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik IPT dalam kejohanan PMOCT 2022 dan RD Chess Championship 2023. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.

Husna

Kota Bharu
Coach Husna merupakan graduan UIAM dalam bidang Ekonomi. Beliau pernah meraih Emas (Berpasukan) & Gangsa (Individu) dalam beberapa kejohanan di universiti. Beliau juga turut terpilih mewakili universiti ke Kejohanan MASUM Kebangsaan 2018 & pernah memenangi anugerah Pasukan Wanita Terbaik di UTP Chess Championship 2015.

Ikmal

Kota Bharu
Coach Ikmal adalah mahasiswa UMK dalam bidang Perbankan & Kewangan Islam. Beliau pernah menyandang pingat Perak & kemudiannya Emas dalam kejohanan MSS Kelantan 2013 & 2015. Beliau juga merupakan wakil UMK ke kejohanan MASUM 2019.

Intan

Kota Bharu
Coach Intan merupakan graduan USIM dalam bidang Perakaunan. Beliau pernah meraih beberapa pingat Emas di MSS Daerah & Gangsa di MSS Negeri. Beliau juga aktif mewakili universiti ke peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Asasi Games 2019, MASUM 2022-2023 & SUKIPT 2022.

Irfan

Kota Bharu
Coach Irfan merupakan graduan dalam bidang Pergigian dari USIM. Beliau pernah merangkul Perak dalam Kejohanan MSSD & terpilih mewakili negeri ke Kejohanan MSSM Kebangsaan 2012 dan Kejohanan Remaja ASEAN 2008.

Khair

Kota Bharu
Coach Khair merupakan mahasiswa Master dalam bidang Perakaunan di UiTM Arau. Bekas pelajar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin ini pernah merangkul Gangsa di Kejohanan Remaja ASEAN Masterskill 2007. Beliau pernah menjuarai MSS Perlis sebanyak 4 kali dan mewakili Perlis & Pulau Pinang ke MSSM Kebangsaan selama 6 tahun berturut-turut.

Khalilah

Kota Bharu
Coach Khalilah merupakan graduan dalam bidang Pendidikan. Beliau pernah memenangi kejohanan MSSD, mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan dan pernah mewakili universiti ke Kejohanan SUKIPT 2018.

Lukman

Kota Bharu
Coach Lukman merupakan mahasiswa Master dalam bidang Usul Feqh & Fatwa di Universiti Al-Azhar, Egypt. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun, pernah mendapat Anugerah Pemain Terbaik MSSM 2008, Gangsa di MSSM 2014 & Terbaik Negeri di Kejohanan KPP, Egypt.
Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.
Coach Nafis merupakan mahasiswa Master dalam bidang Kejuruteraan Komputer & Elektronik di UTeM. Beliau telah merangkul Emas (Berkumpulan) dalam Kejohanan SAF 2016-2017 di peringkat universiti & pernah mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2018. Beliau juga merupakan Top 10 MSS Perlis & pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan 2012.

Najah

Kota Bharu
Coach Najah merupakan mahasiswi UiTM dalam bidang Ekonomi Perniagaan. Beliau pernah mewakili daerah ke peringkat negeri & turut terpilih mewakili negeri ke Kejohanan MSSM Kebangsaan.

Nisa

Kota Bharu
Coach Nisa merupakan mahasiswi UiTM dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Beliau merupakan Johan daerah & pernah mendapat Gangsa dalam Kejohanan MSS Kelantan 2017 & 2018. Beliau juga terpilih mewakili skuad negeri ke MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali.

Nizam

Kota Bharu
Coach Nizam merupakan mahasiswa dalam bidang Kewangan di MMU. Beliau pernah mewakili negeri ke Kejohanan MSSM Kebangsaan dan pernah beberapa kali memenangi Kejohanan MSSD & MSS Negeri.

Keratan Akhbar

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)