Kejohanan Catur

penganjuran kejohanan

Sepanjang tahun, kami telah menganjurkan kejohanan catur secara berkala. Khidmat penganjuran kejohanan ini dibuka bagi mana-mana organisasi yang berminat untuk bekerjasama dengan kami. Kejohanan ini boleh diadakan di dewan atau secara online, dan akan diuruskan sepenuhnya oleh barisan urusetia kami yang berpengalaman.

Hubungi Kami

Khidmat arbiter

Barisan arbiter (pengadil catur) kami bertaraf Arbiter Kebangsaan (National Arbiter) & diiktiraf oleh Persekutuan Catur Dunia (FIDE). Kami menawarkan servis lengkap arbiter seperti Chief Arbiter, Pairing Arbiter & Floor Arbiter dalam memastikan kelancaran kejohanan.

Hubungi Kami

sewa peralatan catur

Peralatan seperti buah, papan & jam catur menelan kos yang besar. Untuk memudahkan urusan pihak penganjur yang ingin menganjurkan kejohanan sendiri, kami turut menyediakan khidmat sewaan peralatan catur. Senarai sewaan adalah seperti berikut:

  • Set catur = RM 5 per unit
  • Jam catur = RM 8 per unit
  • Set catur + jam = RM 10 per set
Hubungi Kami

siaran langsung & komentari

Saluran YouTube X Chess Academy mempunyai ramai penonton dari seluruh Asia Tenggara. Sehubungan itu, kami menawarkan khidmat penyiaran langsung kejohanan serta komentari yang dapat menambah seri sesuatu kejohanan. Kejohanan anda semestinya akan menjadi lebih menarik & informatif untuk tontonan umum.

Hubungi Kami

Servis

Akademi

Pautan

Xchess TV
© 2022 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)