Kem catur secara online biasanya diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali selama 1 hingga 3 hari. Pelajar akan diajar mengenai topik-topik tambahan yang berada di luar skop silibus akademi. Kem ini bersifat interaktif dan disertai pelajar dari seluruh Malaysia.
Yuran: RM 20 hingga RM 60
Kem ini biasanya dibuat sempena cuti sekolah atau sebagai persediaan menghadapi sesuatu kejohanan. Kem yang bersifat intensif & interaktif ini akan diadakan di akademi kami yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Pelajar turut berpeluang untuk berkenalan sesama sendiri dan mempraktikkan apa yang dipelajari melalui sesi sparring.
Yuran: RM 69 hingga RM 199
Kem ini biasanya dibuat sebagai persediaan menghadapi sesuatu kejohanan atau sempena cuti sekolah. Jumlah minimum bagi setiap kem ialah 10 orang peserta. Kami sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat. Hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Yuran: RM 30 hingga RM 60 per peserta