Kenali Jurulatih - Page 2 - X Chess Academy

Kenali Jurulatih

A. Yusri

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), CEO
Lebih lanjut

Dr. Zulhilmi

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), COO
Lebih lanjut

Laila Husna

Ketua Pembangunan Bakat Wanita, CFO
Lebih lanjut

Hasan

General Manager
Lebih lanjut

Ali Asghar

Ketua Pembangunan Kompetensi
Lebih lanjut

Syahirah

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kota Bharu, Kelantan

Coach Syahirah merupakan graduan Pemasaran Perniagaan dari UniKL. Beliau telah merangkul Emas di MSSD sebanyak 2 kali & Perak (Berkumpulan) di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali. Beliau juga telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 5 tahun berturut-turut.

Mu'iz

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kulim, Kedah

Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.

Akmal

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Melaka Tengah

Coach Akmal merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah meraih Gangsa (Berpasukan) dalam Kejohanan Sukan Fakulti 2015 & 2016. Selain itu, beliau turut mewakili UTeM ke Kejohanan MASUM Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Azli

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kangar, Perlis

Coach Azli merupakan graduan Kimia Gunaan dari UiTM Perlis. Beliau pernah meraih Emas di MSS Perlis & Top 10 di MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan KARISMA dan Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan GACC mewakili UiTM se-Malaysia.

Syazrin

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kuala Terengganu

Coach Syazrin merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Beliau pernah meraih Gangsa dalam Pahang Age Group 2023 U20(L) dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik IPT dalam kejohanan PMOCT 2022 dan RD Chess Championship 2023. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.

Balqis

Kota Bharu
Coach Balqis merupakan mahasiswi UM dalam bidang Linguistik Melayu. Bekas pelajar SBPI Kubang Pasu ini juga aktif mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD dan pelbagai kejohanan terbuka.

Clarissa

Kota Bharu
Coach Clarissa merupakan mahasiswi UiTM Dengkil dalam bidang Asasi Undang-undang. Beliau pernah mengikuti Kejohanan MSS Sabah pada tahun 2015 hingga 2021 & mewakili negeri ke Kejohanan Catur MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah memenangi Gangsa (Berkumpulan) dalam kejohanan KARISMA 2022.

Eilham

Kota Bharu
Coach Eilham merupakan pensyarah Fizik di Methodist College. Beliau pernah meraih Gangsa dalam MSSD 2011 & Gangsa (Berkumpulan) sewaktu mewakili UiTM Perlis di Kejohanan KARISMA 2016.

Farhan

Kota Bharu
Coach Farhan merupakan bekas pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra & pernah mewakili ke peringkat negeri Kelantan dari 2015-2017. Graduan Komunikasi English ini juga pernah merangkul Emas di Kejohanan Terbuka SESTER Kebangsaan 2015.

Fariz

Kota Bharu
Coach Fariz merupakan graduan UniSZA dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Beliau pernah mewakili negeri ke kejohanan MSSM Kebangsaan 2015. Beliau juga pernah mewakili universiti ke Kejohanan MASUM Kebangsaan 2018.

Fathihah

Kota Bharu
Coach Fathihah merupakan graduan Pendidikan Bahasa Inggeris dari UPM yang berpengalaman luas dalam bidang mengajar. Beliau telah menyertai dan memenangi pelbagai jenis kejohanan di peringkat daerah, negeri & kebangsaan seperti MSSD, MSSN, MASUM, SUKIPT dan pelbagai kejohanan terbuka.

Fatini

Kota Bharu
Coach Fatini merupakan graduan USIM dalam bidang Kimia Industri dan pernah meraih Emas dalam Kejohanan MSSD dan MSS Kelantan, serta mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Perak (Berkumpulan) di Kejohanan Sukan ASASI 2018 & mewakili universiti ke Kejohanan MASUM 2020-2021.

Firdaus

Kota Bharu
Coach Firdaus merupakan mahasiswa UiTM dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan 2018 & pernah merangkul Emas di Kejohanan Terbuka SESTER Kebangsaan 2015.

Firldaus

Kota Bharu
Coach Firldaus pernah merangkul Gangsa sebanyak 2 kali di MSS Johor 2011 & 2013 dan pernah menyertai MSSM Kebangsaan sebanyak 3 kali. Graduan Kejuruteraan dari UMP ini pernah dinobatkan sebagai Pemain IPT Terbaik di Kejohanan Catur Antarabangsa UNIKL 2018. Beliau turut terpilih mewakili universiti ke Kejohanan Catur GACC, MASUM 2017-2020 & SUKIPT 2016.

Hafizi

Kota Bharu
Coach Hafizi merupakan graduan UiTM dalam bidang Teknologi Bio-Komposit. Beliau pernah meraih pingat Perak sebanyk 2 kali di Kejohanan MSSD & aktif memenangi beberapa kejohanan terbuka.

Hanif

Kota Bharu
Coach Hanif merupakan National Arbiter (Pengadil Catur Kebangsaan). Graduan Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ini merupakan AJK Persatuan Catur OKU Pulau Pinang serta Ketua Jurulatih Catur sekolah. Beliau berpengalaman luas mengajar catur bagi murid-murid buta penglihatan & dilantik menjadi arbiter Kejohanan Catur MSS Pulau Pinang selama 3 tahun.

Harith

Kota Bharu
Coach Harith merupakan mahasiswa dalam bidang Kewangan Islam. Beliau berpengalaman bermain catur sejak usia 8 tahun dan aktif mengikuti perkembangan catur sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Keratan Akhbar

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)