Chess Puzzle Challenge - Daftar - X Chess Academy

Ayuh sertai kami untuk Cabaran Chess Puzzle Challenge - Edisi Bulan Kebangsaan 2026. Uji kehebatan permainan catur anda dan menangi medal edisi terhad (limited edition) Edisi Bulan Kebangsaan 2026 ini! 

Chess Puzzle Challenge merupakan satu cabaran di mana peserta dikehendaki menghabiskan sejumlah puzzle catur dalam tempoh yang ditetapkan.

Info Cabaran

Tempoh Pendaftaran:

Sebelum 15 September 2026
(tutup jika penyertaan penuh)

Tempoh Cabaran:

Sehingga 16 September 2026

Aplikasi:

Lichess.org

Jumlah Puzzle:

331

Penghantaran Medal:

26 September 2026

Yuran:

RM 30 (Semenanjung Malaysia)
RM 40 (Sarawak, Sabah & WP Labuan)

Ganjaran

(Medal edisi terhad & e-Sijil Penyertaan)

Bagaimana untuk menyertai cabaran ini?

1

Daftar

Isi borang pendaftaran online di bawah.

2

Selesaikan Puzzle

Jawab 331 puzzle catur di Lichess dalam tempoh cabaran.

3

Hantar Bukti Cabaran

Muatnaik screenshot/gambar bukti 'Puzzle Dashboard'

4

Terima Ganjaran

Medal limited edition akan dipos ke alamat anda.

Tonton Video Tutorial

Syarat-Syarat

Borang Pendaftaran

Maklumat Penjaga

Masukkan maklumat Ibu/Bapa/Penjaga/Guru peserta.
mengikut no. telefon anda, contoh: 0101234567 / 01122334455

Maklumat Peserta

Masukkan maklumat peserta di bawah. Anda boleh mendaftar ramai peserta dalam satu penyertaan.
Nama Penuh No. Kad Pengenalan Username Akaun Lichess Actions
     
Price: RM 20.00
Caj transaksi FPX RM 1 untuk setiap transaksi

Maklumat mengenai cabaran & pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat email ini. Sila semak email selepas pendaftaran dibuat.
Nota:-
  1. Link untuk mendapatkan e-Sijil Penyertaan akan diberikan bersama medal. Pastikan Nama Penuh & No. Kad Pengenalan diisi dengan tepat kerana maklumat tersebut akan dicetak di dalam e-sijil.
  2. Pastikan Username Akaun Lichess diisi dengan ejaan yang tepat untuk mengelakkan sebarang masalah penyertaan. Jika anda masih belum mempunyai akaun, sila tonton dahulu video bagaimana untuk mendaftar akaun di sini
  3. Pastikan Alamat diisi dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah pengeposan hadiah bagi para pemenang.


SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIISI DI ATAS ADALAH BETUL, DAN SAYA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI & BERSETUJU DENGAN KESELURUHAN SYARAT KEJOHANAN.

NOTA: Selepas butang BAYAR & DAFTAR di bawah ini di-klik, pastikan anda tunggu sebentar untuk proses pembayaran. Harap maklum.

Hantar Bukti Cabaran

Muatnaik screenshot/gambar bukti dari ‘Puzzle Dashboard Lichess’ yang menunjukkan minimum 331 puzzle catur telah diselesaikan dalam tempoh masa cabaran. Video Tutorial: Klik untuk tonton

Hantar

Soalan Lazim

1.   Apa itu Chess Puzzle Challenge?

Merupakan satu cabaran di mana peserta dikehendaki untuk menyelesaikan sejumlah puzzle catur di aplikasi Lichess dalam tempoh cabaran yang telah ditetapkan. Tonton video tutorial untuk info lanjut: https://youtu.be/2GwO8sZFJUU

2.   Apakah misi utama cabaran ini?

Cabaran ini dianjurkan bertujuan untuk membantu menyemarakkan minat pencatur dalam membuat latihan puzzle.

3.   Apakah ciri-ciri puzzle yang perlu diselesaikan?

Sila sign in akaun Lichess anda, kemudian selesaikan puzzle di https://lichess.org/training. Tema & tahap kesusahan puzzle ditentukan sendiri oleh anda. Jumlah betul & salah tidak mempengaruhi keputusan cabaran. Yang diambil kira hanyalah jumlah keseluruhan puzzle yang dijawab dalam tempoh yang ditetapkan. Puzzle lain seperti Puzzle Racer, Puzzle Storm atau Puzzle Streak tidak akan dikira.

4.   Siapakah yang layak menyertai cabaran ini?

Cabaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, agama dan bangsa.

5.   Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada pendaftaran berjaya atau tidak?

Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran selepas anda mendaftar. Pastikan anda peka untuk menyemak emel anda (Inbox/Spam/Junk Box).

6.   Adakah dibenarkan untuk membeli medal sahaja?

Tidak. Satu-satunya cara untuk mendapatkan medal eklusif ialah dengan menyelesaikan cabaran dalam tempoh yang diberi.

7.   Bolehkah aplikasi catur selain Lichess digunakan?

Tidak. Hanya aplikasi Lichess sahaja yang dibenarkan setakat ini untuk menyelesaikan cabaran.

8.   Adakah jumlah puzzle boleh digabungkan dengan hari yang lain?

Ya. Anda bebas untuk menyelesaikan jumlah puzzle yang dimahukan pada bila-bila masa sahaja selagi kesemua puzzle tersebut diselesaikan dalam tempoh masa yang telah diberikan.

9.   Bagaimana untuk mengambil gambar bukti bahawa cabaran telah diselesaikan?

Anda boleh ambil gambar bukti dengan cara screenshot atau menggunakan kamera. Untuk memudahkan pihak kami membuat semakan, pastikan gambar tersebut jelas menampakkan username akaun Lichess anda serta menampakkan jumlah puzzle yang telah diselesaikan.

10.   Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa medal telah dihantar?

Anda akan menerima SMS daripada pihak pos apabila medal anda dalam perjalanan untuk dihantar.

Pertanyaan

Puan Lisa: 011-57858459 (WhatsApp sahaja)

© 2026 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W) | Chessaurus dan X Chess Academy adalah jenama rasmi Xchess Ventures.