A. PENDAFTARAN PESERTA
- Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar & rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah pada tahun 2024 SAHAJA (lahir tahun 2006 & ke atas). Umur adalah mengikut tahun kelahiran & bukan mengikut bulan kelahiran.
- Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui sekolah masing-masing. Tiada had bilangan penyertaan bagi setiap sekolah.
- Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
- Setiap peserta wajib mempunyai akaun Lichess sebelum mengisi borang pendaftaran. Untuk yang belum ada, sila daftar di SINI. Langkah-langkah mendaftar akaun Lichess boleh dirujuk di SINI.
- Sebarang pertukaran username akaun Lichess hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari kejohanan.
- Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 25 September 2024 (Rabu) sebelum jam 10:00 malam. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup ini tidak akan diterima.
- Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.
B. PENYERTAAN KE PLATFORM KEJOHANAN
- Link kejohanan di Lichess & link Telegram Kejohanan akan dihantar melalui email selepas pendaftaran peserta diterima & disahkan. Sila peka untuk menyemak email anda.
- Setiap peserta WAJIB menyertai channel Telegram Kejohanan.
- Untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya kejohanan berjalan lancar, adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk segera melakukan 'Langkah-Langkah Menyertai Kejohanan' yang diberi dengan betul selewat-lewatnya 1 hari sebelum kejohanan bermula.
- Mana-mana peserta yang melakukan langkah-langkah menyertai kejohanan tersebut pada hari kejohanan akan ditolak penyertaannya.
- Username akaun Lichess yang tidak didaftarkan tidak akan diterima masuk ke gelanggang kejohanan.
- Para peserta bertanggungjawab untuk menyertai gelanggang dengan kategori jantina & umur yang betul. Sebarang kesilapan mahupun sengaja atau tidak akan membuatkan penyertaan dibatalkan.
- Peserta yang lewat dan terlepas pusingan perlawanan masih lagi boleh mengikuti kejohanan, namun bilangan mata yang diperoleh akan terjejas.
- Sebarang kelewatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
C. FORMAT PERTANDINGAN
- Jadual pairing akan ditentukan oleh Lichess menggunakan format Arena.
- Tiada Berserk & tiada Streak bagi kejohanan ini.
- Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 10 minit seorang (Rapid) bagi setiap perlawanan.
- Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 2 mata, Seri = 1 mata, Kalah = 0 mata.
- Kutipan mata tidak akan dikira oleh sistem Lichess sekiranya pemain mendapat seri hasil daripada persetujuan bersama (draw by mutual agreement) sebelum gerakan ke-10.
- Kejohanan ini juga mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kejohanan Arena yang ditetapkan oleh Lichess. Para peserta dikehendaki membaca, memahami & mematuhi semua garis panduan yang tertera di SINI.
D. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN
- Sebarang masalah berkaitan sambungan internet, bekalan elektrik terputus, kegagalan gajet untuk berfungsi dan sebarang kecuaian peserta adalah tanggungjawab peserta.
- Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
- Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
- Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan, termasuklah Terms Of Service dan sistem anti-penipuan yang ditetapkan oleh Lichess. Para peserta dikehendaki membaca, memahami & mematuhi semua syarat yang tertera di SINI. Mana-mana peserta yang tidak mematuhi syarat-syarat tersebut akan disenaraihitam dan dikeluarkan dari senarai pemenang oleh pihak Lichess.
E. KEPUTUSAN PENGANJUR
- Sebarang pindaan seperti format kejohanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
- Pertambahan markah akan diberikan oleh pihak Lichess atau pihak Arbiter jika peserta kalah kepada pemain yang disenarai hitamkan oleh pihak Lichess.
- Peserta tidak dibenarkan untuk memadam (delete) akaun Lichess sebelum keputusan rasmi kejohanan diumumkan.
- Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
F. PEMBAHAGIAN HADIAH
- Setiap peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan. Link untuk memuat turun (download) e-Sijil Penyertaan akan diberikan di Telegram Kejohanan selepas tamat kejohanan.
- Senarai nama pemenang yang rasmi akan diumumkan di Facebook dan Instagram X Chess Academy pada 29 September 2024.
- Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
- Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.
- Trofi pemenang akan dipos ke alamat masing-masing selewat-lewatnya pada 3 Oktober 2024.