A. PENDAFTARAN PESERTA
- Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui guru catur sekolah masing-masing.
- Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
- Pemain yang membuat pendaftaran awal (early bird) iaitu sebelum 26 Jun 2024 (Rabu), jam 11:59 malam akan mendapat yuran penyertaan pada harga istimewa. Mana-mana pemain yang mendaftar selepas tamat tempoh ini akan dikenakan yuran tambahan seperti tertera di poster kejohanan.
- Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Jun 2024 (Khamis) sebelum jam 10:00 malam, atau sehingga penyertaan penuh.
- Mana-mana pemain yang ingin mendaftar pada hari berlangsungnya kejohanan tidak akan dilayan sama sekali.
- Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.
B. FORMAT PERTANDINGAN
- Program ini dijangka bermula pada 8.00 pagi dan tamat pada 5.00 petang.
- Kejohanan ini akan menggunakan sistem Swiss sebanyak 7 pusingan.
- Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 20 minit seorang (Rapid) bagi setiap pusingam.
- Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 1 mata, Seri = 0.5 mata, Kalah = 0 mata. Pemain yang mendapat bye akan diberikan 1 mata.
- Sekiranya terdapat persamaan mata, Sistem Pemecah-Seri (Tie-Break) akan digunakan untuk menentukan kedudukan peserta.
C. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN
- Kejohanan ini mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kejohanan yang akan diterangkan oleh Ketua Arbiter sebelum Pusingan 1 bermula. Para peserta dikehendaki peka, memahami & mematuhi semua garis panduan yang akan diterangkan nanti.
- Pemain hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
- Pemain dilarang membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengganggu permainan ke dalam dewan kejohanan seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.
- Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
- Mana-mana peserta yang disahkan melakukan penipuan tidak akan tersenarai sebagai pemenang dan akan disenarai hitam seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh X Chess Academy. Peserta tersebut juga tidak akan menerima Sijil Penyertaan.
- Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
- Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan.
D. KEPUTUSAN PENGANJUR
- Sebarang pindaan seperti format kejohanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
- Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
E. PEMBAHAGIAN HADIAH
- Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan.
- Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
- Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.