Rules Pertandingan Mewarna - X Chess Academy

Pertandingan Mewarna
Syok! Catur 2023

Peraturan Pertandingan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 8 tahun dan ke bawah sahaja.
  2. Kertas mewarna akan disediakan oleh pihak penganjur.
  3. Peserta perlu membawa peralatan mewarna sendiri.
  4. Peserta bebas menggunakan pelbagai jenis material bahan mewarna seperti Oil Pastel, Crayon, Pensel Warna dan sebagainya yang bersesuaian.
  5. Kerusi & meja akan disediakan, tetapi peserta boleh membawa kerusi atau meja sendiri jika mahu.
  6. Peserta akan diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan hasil mewarna masing-masing.
  7. Ahli keluarga peserta yang hadir tidak boleh berada berdekatan & tidak boleh memberi bantuan kepada peserta ketika pertandingan sedang berlangsung.
  8. Semua peserta dikehendaki menjaga kebersihan tempat pertandingan.
  9. Keputusan pertandingan & penyampaian hadiah akan diadakan pada jam 4.00 petang di hari pertandingan.
  10. Hasil mewarna adalah menjadi hak mutlak penganjur.
  11. Keputusan pertandingan adalah muktamad.
WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)