Rules Prodigy Kota Bharu - X Chess Academy

The Prodigy
Mini Chess Tournament

Syarat-Syarat Kejohanan

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kejohanan ini terbuka kepada pelajar X Chess Academy sahaja.
  2. Kejohanan ini bertujuan untuk mempersediakan pemain menghadapi kejohanan utama dan hanya disyorkan untuk pemain baru yang kurang berpengalaman bermain di kejohanan.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Mana-mana pemain yang ingin mendaftar pada hari berlangsungnya kejohanan tidak akan dilayan sama sekali.
  5. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. FORMAT PERTANDINGAN

  1. Program ini dijangka bermula pada 2.00 petang dan tamat pada 5.00 petang.
  2. Kejohanan ini akan menggunakan sistem Swiss sebanyak 4 atau 5 pusingan.
  3. Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 15 minit seorang (Rapid) bagi setiap pusingan.
  4. Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 1 mata, Seri = 0.5 mata, Kalah = 0 mata. Pemain yang mendapat bye akan diberikan 1 mata.
  5. Sekiranya terdapat persamaan mata, Sistem Pemecah-Seri (Tie-Break) akan digunakan untuk menentukan kedudukan peserta.
  6. Para peserta (Bawah 7, 8, 9, 10, 11 & 12 tahun) akan bertanding dalam 1 pairing atau kategori yang sama. Hadiah akan diberikan mengikut kategori umur & jantina peserta.

 

C. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN

  1. Kejohanan ini mengambil kira & menggunapakai tatacara, peraturan & garis panduan kejohanan yang akan diterangkan oleh Ketua Arbiter sebelum Pusingan 1 bermula. Para peserta dikehendaki peka, memahami & mematuhi semua garis panduan yang akan diterangkan nanti.
  2. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  3. Pemain dilarang membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengganggu permainan ke dalam dewan kejohanan seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.
  4. Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
  5. Mana-mana peserta yang disahkan melakukan penipuan tidak akan tersenarai sebagai pemenang dan akan disenarai hitam seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh X Chess Academy. Peserta tersebut juga tidak akan menerima Sijil Penyertaan.
  6. Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
  7. Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan.

 

D. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti format kejohanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
  2. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
  3. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

E. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Setiap Pemenang akan menerima Sijil Pemenang manakala Sijil Penyertaan adalah untuk bukan Pemenang sahaja.
  2. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  3. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.

 

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)