Rules - X Chess Academy

Kejohanan Catur Online
Aidilfitri 2021
[Peringkat Kebangsaan]

Syarat-Syarat Kejohanan

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah dari seluruh Malaysia yang berumur 7 hingga 18 tahun pada tahun 2021 SAHAJA (lahir tahun 2003 hingga tahun 2014).
  2. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau melalui sekolah masing-masing.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Setiap peserta wajib mempunyai akaun Lichess sebelum mengisi borang pendaftaran. Untuk yang belum ada, daftar di sini. Langkah-langkah mendaftar akaun Lichess boleh dirujuk di sini.
  5. Sebarang pertukaran username akaun Lichess hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 2 hari sebelum hari kejohanan.
  6. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 26 Mei 2021 (Rabu) sebelum jam 06:00 petang, atau sehingga mencecah jumlah had penyertaan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Peserta yang mendaftar selepas tarikh tutup akan dikenakan denda & yuran akan dinaikkan kepada RM 30 seorang.
  7. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  8. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. PENYERTAAN KE PLATFORM KEJOHANAN

  1. Link kejohanan di Lichess, link Zoom & link Telegram Kejohanan akan dihantar melalui Whatsapp dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran peserta diterima & disahkan.
  2. Setiap peserta WAJIB menyertai channel Telegram Kejohanan.
  3. Untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya kejohanan berjalan lancar, adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk segera melakukan 'Langkah-Langkah Menyertai Kejohanan' yang diberi dengan betul selewat-lewatnya 1 hari sebelum kejohanan bermula.
  4. Mana-mana peserta yang melakukan langkah-langkah menyertai kejohanan tersebut pada hari kejohanan akan ditolak penyertaannya.
  5. Username akaun Lichess yang tidak didaftarkan tidak akan diterima masuk ke gelanggang kejohanan.
  6. Para peserta bertanggungjawab untuk menyertai gelanggang dengan kategori jantina & umur yang betul. Sebarang kesilapan mahupun sengaja atau tidak akan membuatkan penyertaan dibatalkan.
  7. Peserta yang lewat dan terlepas pusingan perlawanan masih lagi boleh mengikuti kejohanan, namun bilangan mata yang diperoleh akan terjejas.
  8. Sebarang kelewatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.

 

C. FORMAT PERTANDINGAN

  1. Jadual pairing akan ditentukan oleh Lichess menggunakan format Swiss mengikut mata kemenangan semasa.
  2. Jumlah pusingan akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah peserta bagi setiap kategori (8/9 pusingan).
  3. Setiap pemain diberikan kawalan masa sebanyak 15 minit (Rapid) bagi setiap pusingan.
  4. Kutipan mata adalah seperti berikut: Menang = 1 mata, Seri = ½ mata, Kalah = 0 mata.
  5. Sela waktu di antara setiap pusingan ditetapkan kepada 1 minit, kecuali selepas pusingan ke-6. Peserta diberikan waktu rehat selama 15 minit selepas tamat pusingan ke-6 dan sebelum bermula pusingan ke-7.

 

D. PERATURAN SEMASA PERLAWANAN

  1. Sebarang masalah berkaitan sambungan internet, bekalan elektrik terputus, kegagalan gajet untuk berfungsi dan sebarang kecuaian peserta adalah tanggungjawab peserta.
  2. Arbiter berhak untuk memberi amaran dan peringatan kepada para peserta dalam sebarang situasi.
  3. Penipuan (penggunaan enjin catur, bantuan individu lain atau sebarang bentuk bantuan) adalah dilarang sama sekali.
  4. Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju untuk akur dengan segala keputusan arbiter kejohanan, termasuklah sistem anti-penipuan Lichess. Peserta yang ditangkap oleh sistem tersebut akan dikeluarkan dari senarai pemenang.
  5. Jika mana-mana peserta disyaki melakukan penipuan, kegagalan untuk memberikan alasan bertulis secara rasmi kepada pihak penganjur akan menyebabkan tuduhan tersebut tidak dibicarakan dan menjadi muktamad.
  6. Mana-mana peserta yang disahkan melakukan penipuan tidak akan tersenarai sebagai pemenang dan akan disenarai hitam seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh X Chess Academy. Peserta tersebut juga tidak akan menerima e-Sijil Penyertaan.

 

E. PEMASANGAN ZOOM BAGI 80 PESERTA TERATAS SETIAP KATEGORI

  1. Sebelum pusingan ke-7 bermula, peserta yang berada di kedudukan 80 teratas (Top 80) bagi setiap kategori Sekolah Rendah (umur 7-12 tahun) & Sekolah Menengah (umur 13-18 tahun) diwajibkan memasang aplikasi Zoom & webcam/kamera smartphone menggunakan apa-apa jenis gajet (kedua-dua tangan, sisi muka peserta & skrin Lichess kelihatan) sepanjang pusingan 7, 8 dan 9, dan sehingga kejohanan tamat. Kamera dan audio perlulah dibuka. Sila rujuk contoh kedudukan kamera seperti gambarajah di bawah.
  2. Peserta yang tidak berada di kedudukan 80 teratas sebelum pusingan ke-7 bermula tidak perlu memasang Zoom, tetapi masih perlu menghabiskan baki perlawanan seperti biasa.
  3. Peserta yang diwajibkan memasang rakaman Zoom hendaklah memastikan nama akaun Zoom ditukarkan kepada nama username Lichess yang sedang digunakan sepanjang kejohanan.
  4. Link Zoom akan diberikan di Telegram Kejohanan selewat-lewatnya 1 hari sebelum kejohanan bermula.
  5. Mana-mana peserta yang gagal memasang rakaman Zoom mengikut prosedur yang ditetapkan bermula pada pusingan ke-7 sehingga kejohanan tamat akan dikeluarkan dari senarai pemenang.

 

F. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti jumlah pusingan perlawanan, tempoh masa kejohanan atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.
  2. Tiada pertambahan markah akan diberikan walaupun peserta kalah disebabkan penipuan yang dilakukan oleh pihak lawan (Peraturan FIDE).
  3. Peserta tidak dibenarkan untuk memadam (delete) akaun Lichess sebelum keputusan rasmi kejohanan diumumkan.
  4. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kejohanan ini.
  5. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

G. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Setiap peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan. Link untuk memuat turun (download) e-Sijil Penyertaan akan diberikan di Telegram Kejohanan selepas tamat kejohanan.
  2. Senarai nama pemenang akan diumumkan di Facebook dan Instagram X Chess Academy pada 2 Jun 2021.
  3. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  4. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kejohanan.
  5. Para pemenang akan dihubungi melalui Whatsapp dalam tempoh 48 jam.
  6. Pemenang akan diberi tempoh selewat-lewatnya sehingga 9 Jun 2021 untuk membuat tuntutan hadiah. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan hadiah terbatal.

 

WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)