Syarat Puzzle - X Chess Academy

Chess Puzzle Challenge
[International Chess Day]

Syarat-Syarat

  1. Cabaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
  2. Peserta yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum mendaftar.
  3. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan.
  4. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan tersebut.
  5. Setiap peserta wajib mempunyai akaun Lichess sebelum mengisi borang pendaftaran. Untuk yang belum mempunyai akaun Lichess, sila daftar di SINI. Langkah-langkah untuk mendaftar akaun Lichess boleh dirujuk di SINI.
  6. Sebarang pertukaran username akaun Lichess atau maklumat pendaftaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penghantaran medal.
  7. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  8. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
  9. Penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan ke atas medal dan e-Sijil Penyertaan tanpa sebarang makluman.
  10. Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas acara ini, termasuklah pembatalan atau apa-apa jenis pindaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur di Facebook dan Instagram X Chess Academy. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk sentiasa peka dengan sebarang makluman.
  11. Penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan ke atas syarat-syarat jika dirasakan sesuai.
  12. Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar (termasuklah gambar peserta), video atau rakaman media untuk tujuan komersial dan simpanan penganjur.
  13. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturan akan menyebabkan penyertaan terbatal tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan.
WhatsApp
© 2024 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W)