Kenali Jurulatih - Page 5 - X Chess Academy

Kenali Jurulatih

A. Yusri

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), CEO
Lebih lanjut

Dr. Zulhilmi

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), COO
Lebih lanjut

Laila Husna

Ketua Pembangunan Bakat Wanita, CFO
Lebih lanjut

Hasan Basri

General Manager
Lebih lanjut

Ali Asghar

Pengurus Operasi
Lebih lanjut

Nur Najah

Eksekutif Operasi & Kualiti
Lebih lanjut

Syahirah

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kota Bharu, Kelantan

Coach Syahirah merupakan graduan Pemasaran Perniagaan dari UniKL. Beliau telah merangkul Emas di MSSD sebanyak 2 kali & Perak (Berkumpulan) di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali. Beliau juga telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 5 tahun berturut-turut.

Mu'iz

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kulim, Kedah

Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.

Akmal

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Melaka Tengah

Coach Akmal merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah meraih Gangsa (Berpasukan) dalam Kejohanan Sukan Fakulti 2015 & 2016. Selain itu, beliau turut mewakili UTeM ke Kejohanan MASUM Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Azli

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kangar, Perlis

Coach Azli merupakan graduan Kimia Gunaan dari UiTM Perlis. Beliau pernah meraih Emas di MSS Perlis & Top 10 di MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan KARISMA dan Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan GACC mewakili UiTM se-Malaysia.

Syazrin

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kuala Terengganu

Coach Syazrin merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Beliau pernah meraih Gangsa dalam Pahang Age Group 2023 U20(L) dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik IPT dalam kejohanan PMOCT 2022 dan RD Chess Championship 2023. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.

Ilham

Kota Bharu
Coach ilham merupakan mahasiswa tahun akhir dalam bidang Pendidikan Islam (Pengajian Islam) di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Mewakili pasukan catur universiti dan mendapat gangsa MASUM 2023 serta naib johan di MASUM 2022 dan SUKIPT 2022. Beliau juga pernah mendapat johan peringkat MSSD dan mewakili negeri Kedah ke MSSM pada tahun 2017.

Intan

Kota Bharu
Coach Intan merupakan graduan USIM dalam bidang Perakaunan. Beliau pernah meraih beberapa pingat Emas di MSS Daerah & Gangsa di MSS Negeri. Beliau juga aktif mewakili universiti ke peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Asasi Games 2019, MASUM 2022-2023 & SUKIPT 2022.

Isyraf

Kota Bharu
Coach Isyraf merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Syariah (Undang-Undang) di UKM. Beliau aktif dalam sukan catur sejak di bangku sekolah dan pernah mewakili negeri Kedah beberapa kali dalam kejohanan peringkat MSSM. Di peringkat IPT, beliau turut mewakili universiti dalam kejohanan MASUM dan berjaya meraih tempat pertama.

Izzat

Kota Bharu
Coach Izzat merupakan Pembantu Arkitek & graduan Univesiti Taylor dalam bidang Seni Bina. Beliau pernah beberapa kali meraih pingat Emas dalam Kejohanan MSSD 2006-2011 dan mewakili universiti ke Kejohanan Catur SUKIPT 2016 & 2018. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Top 3 terbaik dalam beberapa kejohanan catur terbuka Pahang.

Izzuddin

Kota Bharu
Coach Izzuddin merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di University Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau pernah mewakili sekolah ke MSSD dan mendapat Johan individu serta mewakili Selangor ke MSSM. Pada peringkat universiti, beliau turut menunjukkan bakatnya lagi dengan menjuarai Sukan Asasi Malaysia 2023 dan mewakili universiti bagi kejohanan MASUM dan SUKIPT.

Kamal

Kota Bharu
Coach Kamal merupakan graduan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Kagoshima University. Beliau pernah memenangi pingat perak pada peringkat MSSD Tumpat U-15. Pernah menjadi Kapten dan memenangi pingat emas Catur Berkumpulan ketika Inpro 2017 di INTEC (Sukan antara program). Mendapat tempat ke-5 dalam Arita Ceramic Chess Tournament 2024, memenangi 3 daripada 4 perlawanan.

Keeishoor

Kota Bharu
Coach Keeishoor merupakan mahasiswa Asia Pacific University dalam bidang Kejuruteraan. Beliau pernah mewakili daerah dan telah aktif dalam sukan catur selama 10 tahun.

Khair

Kota Bharu
Coach Khair merupakan mahasiswa Master dalam bidang Perakaunan di UiTM Arau. Bekas pelajar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin ini pernah merangkul Gangsa di Kejohanan Remaja ASEAN Masterskill 2007. Beliau pernah menjuarai MSS Perlis sebanyak 4 kali dan mewakili Perlis & Pulau Pinang ke MSSM Kebangsaan selama 6 tahun berturut-turut.

Lukman

Kota Bharu
Coach Lukman merupakan mahasiswa Master dalam bidang Usul Feqh & Fatwa di Universiti Al-Azhar, Egypt. Beliau pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun, pernah mendapat Anugerah Pemain Terbaik MSSM 2008, Gangsa di MSSM 2014 & Terbaik Negeri di Kejohanan KPP, Egypt.

Lutfil

Kota Bharu
Coach Lutfil merupakan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan sebanyak 3 kali. Beliau juga pernah mewakili Universiti Utara Malaysia dalam SUKIPT pada tahun 2024.

Maryam

Kota Bharu
Coach Maryam merupakan mahasiswi UKM dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Beliau telah bermain catur semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Beliau juga telah mewakil UKM selama 4 tahun berturut-turut dalam kejohanan MASUM 2021-2024 dan SUKIPT 2022 & 2024.
Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.

Keratan Akhbar

WhatsApp
© 2025 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W) | Chessaurus dan X Chess Academy adalah jenama rasmi Xchess Ventures.