Kenali Jurulatih - Page 4 - X Chess Academy

Kenali Jurulatih

A. Yusri

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), CEO
Lebih lanjut

Dr. Zulhilmi

FIDE Instructor (FI), National Arbiter (NA), COO
Lebih lanjut

Laila Husna

Ketua Pembangunan Bakat Wanita, CFO
Lebih lanjut

Hasan Basri

General Manager
Lebih lanjut

Ali Asghar

Pengurus Operasi
Lebih lanjut

Nur Najah

Eksekutif Operasi & Kualiti
Lebih lanjut

Syahirah

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kota Bharu, Kelantan

Coach Syahirah merupakan graduan Pemasaran Perniagaan dari UniKL. Beliau telah merangkul Emas di MSSD sebanyak 2 kali & Perak (Berkumpulan) di MSSM Kebangsaan sebanyak 1 kali. Beliau juga telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan sebanyak 5 tahun berturut-turut.

Mu'iz

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kulim, Kedah

Coach Mu'iz merupakan Jurutera Solar & graduan UniMAP dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Beliau pernah dinobatkan sebagai Top 10 Terbaik dalam kejohanan terbuka.

Akmal

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Melaka Tengah

Coach Akmal merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTeM. Beliau pernah meraih Gangsa (Berpasukan) dalam Kejohanan Sukan Fakulti 2015 & 2016. Selain itu, beliau turut mewakili UTeM ke Kejohanan MASUM Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Azli

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kangar, Perlis

Coach Azli merupakan graduan Kimia Gunaan dari UiTM Perlis. Beliau pernah meraih Emas di MSS Perlis & Top 10 di MSSM Kebangsaan. Di peringkat universiti, beliau telah merangkul Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan KARISMA dan Gangsa (Berkumpulan) di Kejohanan GACC mewakili UiTM se-Malaysia.

Syazrin

Pengurus & Ketua Jurulatih Cawangan Kuala Terengganu

Coach Syazrin merupakan mahasiswa UMT dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Beliau pernah meraih Gangsa dalam Pahang Age Group 2023 U20(L) dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik IPT dalam kejohanan PMOCT 2022 dan RD Chess Championship 2023. Beliau juga pernah mewakili negeri ke MSSM Kebangsaan selama beberapa tahun.

Fitri

Kota Bharu
Coach Fitri merupakan graduan Teknologi Permainan di UTeM. Beliau pernah memenangi Emas beberapa kali di MSS Perak dan pernah mendapat Gangsa berkumpulan dan Top 10 Individu di MSSM Kebangsaan. Beliau juga pernah mewakili MASUM dan SUKIPT semasa di universiti.

FM Johan

Kota Bharu
Coach Johan merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Pernah mewakili negara untuk Sukan Catur antaranya World Youth Olympiad U-16, World Youth U-16, Asian Junior 2003, dan Asean Age Group. Pencapaian terbaik apabila memenangi pingat emas di 4th Asean Age Group Boys U-16 dan mendapat gelaran Fide Master (FM).

Hafizi M

Kota Bharu
Coach Hafizi M merupakan graduan UPM dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan pernah bermain di peringkat MSSS di Sabah. Antara pencapaian terbaik beliau termasuk Naib Johan UMSKAL International Chess Tournament 2019 dan tempat ketiga Pertandingan Catur Piala Terowong Street sempena Hari Kemerdekaan 2024. Sepanjang pengajian di UPM, beliau konsisten mewakili universiti dalam kejohanan MASUM dan SUKIPT,

Hakim

Kota Bharu
Coach Hakim merupakan mahasiswa jurusan Perakaunan di UPSI dan pernah menjadi Johan MSSD Pengerang U18 pada tahun 2019. Beliau juga telah mewakili univeriti dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia pada tahun 2022. Beliau sangat aktif menyertai pelbagai pertandingan catur terbuka di Sekitar kawasan Nageri Johor sebagai pemain atau arbiter.

Hakimah

Kota Bharu
Coach Hakimah merupakan mahasiswi UTeM dalam bidang kujuruteraan. Beliau pernah merangkul 3 pingat emas MSSN dan 2 pingat gangsa MSSM. Layak mewakili negeri selama10 tahun dari 2016. Bermain pertandingan bertaraf kebangsaan seperti MSSM, SUKMA dan Interstate Championship.

Hakimi

Kota Bharu
Coach Hakimi merupakan graduan Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan dari UNIMAS. Beliau pernah memenangi pingat emas dan menjuarai MSSD Bachok pada tahun 2010. Selain itu, beliau turut memenangi pingat gangsa di Kejohanan Sukan Unimas 2014 dan mendapat tempat Ke-10 di Kejohanan Catur Intelek USM 2024.

Hamzah

Kota Bharu
Coach Hamzah. Seorang bekas pengurus pasukan Catur UPSI ke peringkat MASUM 2019. Jurulatih daerah untuk kategori 12 tahun dari 2023 hingga sekarang. Aktif dalam pembangunan catur dan kemenjadian atlet daerah.

Hanis

Kota Bharu
Coach Hanis merupakan graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pernah meraih pingat emas di peringkat MSSD dan tempat kedua di peringkat MSSN. Semasa di universiti, telah mewakili USIM dalam Kejohanan MASUM 2020–2021.

Haresh

Kota Bharu
Coach Haresh merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Asasi Sains Fizikal. Beliau pernah mewakili negeri ke Kejohanan Catur MSSM Kebangsaan sebanyak 2 kali pada tahun 2021 dan 2023. Beliau juga pernah menjadi juara Kuala Lumpur dalam Kejohanan MSSWPKL pada tahun 2021 dan juara MSSWPKL (Berpasukan) tahun 2022-2023

Hazmi

Kota Bharu
Coach Hazmi merupakan graduan UiTM Puncak Alam dalam bidang Farmasi. Beliau pernah mewakili daerah ke peringkat negeri dan turut mewakili Fakulti Farmasi UiTM beberapa kali ke National Pharmacy Sports Carnival. Beliau pernah meraih emas dan gangsa di National Pharmacy Sports Carnival (2023-2025) serta merangkul pingat emas dalam Sukan Antara Fakulti UiTM Cawangan Selangor 2025 dalam acara individu.

Husna

Kota Bharu
Coach Husna merupakan graduan Ekonomi dari UIAM. Beliau pernah meraih Emas (Berpasukan) & Gangsa (Individu) dalam beberapa kejohanan di peringkat universiti. Beliau juga pernah memenangi Pasukan Wanita Terbaik di UTP Chess Championship pada tahun 2015. Selain itu, beliau turut mewakili universiti ke kejohanan MASUM pada tahun 2018.

Ikmal

Kota Bharu
Coach Ikmal adalah mahasiswa UMK dalam bidang Perbankan & Kewangan Islam. Beliau pernah menyandang pingat Perak & kemudiannya Emas dalam kejohanan MSS Kelantan 2013 & 2015. Beliau juga merupakan wakil UMK ke kejohanan MASUM 2019.

Keratan Akhbar

WhatsApp
© 2025 X Chess Academy. Hakcipta Terpelihara | Dimiliki oleh Xchess Ventures (KT0435325-W) | Chessaurus dan X Chess Academy adalah jenama rasmi Xchess Ventures.